Saturday 17 December 2011

Info kesihatan I



MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. BARLI – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. KURMA – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. BUAH TIN – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. ANGGUR – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. MADU– Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. TEMBIKAI (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

Sunday 16 October 2011

Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Wednesday 28 September 2011

Kisah lima perkara aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Friday 2 September 2011

Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya?


Petikan ini dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk: Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Saya copy terus agar tidak salah penggunaan bahasa saya yang takut membawa kepada makna yang lain.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

Friday 26 August 2011

RAmadhan yang Indah

assalam..
seribu kemaafan atas ketiadaan "new post" di ruangan blog ini. bak kata pepatah,"sesungguhnya manusia itu selalu leka". insyaaALLAH,moga perkongsian kali ini dapat memberi "sesuatu" kepada kita.. walaupun bukan 10 benda,tetapi memadailah hanya 1. 

-27 Ramadhan 1432-
3 hari lagi,insyaALLAH bakal sambut hari kemenangan buat semua umat islam,'Hari Raya Aidilfitri'. Tetapi, rasanya x ketinggalan lagi nak berkongsi pasal perjuangan kita dalam bulan ramadhan nie kan?- 'puasa' istilah sebenarnya nak disampaikan.

macam mana puasa kita,sahabat2 semua? 
terlaksana seperti macam yang kita strategikan waktu awal2 Ramadhan tak?
tepuk dada,tanya diri sendiri..insyaALLAH,jawapan ada pada muhasabah kita. 
moga,
ada terlaksanalah seperti yang dirancang walaupun bukan overall FULL A kan? 
kalau belum satu pun terlaksana,masih belum terlambat nak berlari sekencang-kencangnya macam orang lain.
ayuh! 
cepat2 tingkatkan speed anda!
misalnya sempat habiskan al-quran 5 @10 juzuk dalam masa 3 hari nie ka..atau, pertingkatkan kadar tabiat qiyammullail kita..
sekadar cadangan wahai sahabat2 yang sentiasa dalam ingatan..
sekurang2nya kita tak berasa kecewa bila orang bertanya, "berapa juzuk abis posa ritu?". 
selalunya, tue lah soalan femes jugak kawan2... 
kita ex-maahad  kan? so,semestinya dah hadam situasi tue.
(",)

PERSES MMPT tinggalkan sahabat2 dengan sebuah video ini untuk post kali ini.
moga diri kita bukanlah seperti dalam video ini pada 27 hari yang lepas.
(^_^)

sekadar perkongsian muhasabah.

-assalamualaikum-

Wednesday 27 July 2011

UPDATE : IFTOR PERSES MMPT `11

assalamulaikum salam satu maahad.....

kepada rakan2 yang ex-mmpt (PERSES), 
disini ada sedikit pengumuman yang ingin diberitahu.... 
seperti yang rakan2 sedia maklum PERSES akn mengadakan satu perjumpaan secara rasmi pada bulan puasa nanti iaitu "Iftor Jama'i".

tarikh : 27 OGOS 2011
tempat : perkarangan MMPT


  kepada rakan2 Perses diharap dapat menyertai majlis ini bg bertujuan merapatkan hubungan sesama kita... kerjasama rakan2 bg memriahkan lg mjlis ini amat2 diharapkan....
 terima kasih... 


sila beri penyertaan kehadiran anda sebelum atau pada 17 Ogos 2o11 dan boleh di"sms"kan kepada:


saudara mohd fais b. fadzil (0135906953)

saudari norazimah bt. yusof (0134089642)

-harap maklum-

Sunday 24 July 2011

Tanaman Syurga...


Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...