Wednesday 27 July 2011

UPDATE : IFTOR PERSES MMPT `11

assalamulaikum salam satu maahad.....

kepada rakan2 yang ex-mmpt (PERSES), 
disini ada sedikit pengumuman yang ingin diberitahu.... 
seperti yang rakan2 sedia maklum PERSES akn mengadakan satu perjumpaan secara rasmi pada bulan puasa nanti iaitu "Iftor Jama'i".

tarikh : 27 OGOS 2011
tempat : perkarangan MMPT


  kepada rakan2 Perses diharap dapat menyertai majlis ini bg bertujuan merapatkan hubungan sesama kita... kerjasama rakan2 bg memriahkan lg mjlis ini amat2 diharapkan....
 terima kasih... 


sila beri penyertaan kehadiran anda sebelum atau pada 17 Ogos 2o11 dan boleh di"sms"kan kepada:


saudara mohd fais b. fadzil (0135906953)

saudari norazimah bt. yusof (0134089642)

-harap maklum-

Sunday 24 July 2011

Tanaman Syurga...


Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...