Gaya hidup yang lebih kepada
pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan
penyakit Aids yang
sehingga kini belum ditemui penyembuh
muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan
manusia kepada pengumpulan
bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh
badan.
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah
mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan
yang bukan
tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan.
Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan
yang
zalim ?
Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan
ais batu sangat tidak digalakkan.
Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang
dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan
minda..
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN
IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

GAYA PEMAKANAN SIHAT
"Madu dianggap
ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
BUAH KURMA
pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit
jantung dan kencing manis kerana
kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan
sel darah merah. Sumber tenaga kerana
mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.
Kurma
merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung,
memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan
membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat
berkesan dari
segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat
penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan
MENGAPA?
Gaya
atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur
hingga masuk tidur merupakan penentu utama
tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan
setiap makanan/minuman
dilakukan dengan tidak berhati-hati,
risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak
diperlukan seperti
lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun,
kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.
Segala bahan inilah yang akan menjadi
penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti
barah, darah
tinggi, kencing manis, lemah jantung,
kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah
adalah satu cara
terbaik untuk mengimbangi atau menangani
masalah tersebut.
Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam
madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia,
racun, menghancurkan
lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan
saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa
kita tidur.
Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang
jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada
tahap yang
tinggi.
Keadaan ini menyebabkan kandungan
vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat
diserap oleh
sistem tubuh secara maksima. Ini memberi
kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang
yang mengamalkannya.
Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas
beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah
berbagai perubahan, melibatkan peningkatan
kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.
BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum
tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur. 
Khasiat Madu Lebah Asli
Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral
serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan
lebihan lemak dalam sistem tubuh.
Madu boleh
menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak,
melancarkan darah, meredakan
urat saraf, melawaskan sistem
pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung,
mengelakkan kencing manis, darah
tinggi dan kanser .
Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan
kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
Khasiat Buah Kurma Segar
Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
Kurma
memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50
hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang
berbuka dengan kurma akan berasa segar dan
bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
Potasium
yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam
kurma. Potasium jika diambil berlebihan
tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya
sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih,
stres,
sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya
ingatan.
Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah
barah usus.
Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam
kurma dapat menambahkan air susu.
Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk
seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan
diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.
No comments:
Post a Comment